top of page
  • Facebook Social Icon

Tips Pantas MRTT / MRTA

  • Writer: Nafis Ahmad
    Nafis Ahmad
  • Jul 30, 2016
  • 2 min read

Jika anda membeli rumah menggunakan loan, bank akan meminta anda untuk mengambil perlindungan sama ada (MRTA/MRTT/MLTA/MLTT)

Terdapat 4 jenis perlindungan dan dalam artikel ini, saya fokus kepada MRTA & MRTT sahaja.

- MRTA -Mortgage Reducing Term Assurance (Jika anda ambil loan konvensional)

- MRTT - Morgage Reducing Term Takaful (Jika anda ambil loan islamic)

MRTT/MRTA adalah jaminan kepada bank loan anda akan dibayar mengikut 'jumlah perlindungan' jika berlaku KECACATAN KEKAL (TPD) ataupun KEMATIAN

- Loan anda akan kurang mendadak atau menjadi percuma jika perkara di atas berlaku

- Ia jaminan kepada kita untuk membantu waris meneruskan kehidupan

Saya amat galakkan semua beli rumah pada usia muda, jika berlaku sesuatu kepada kita, rumah itu percuma kepada waris

Berikut adalah ilustrasi coverage MRTA/MRTT, coveragenya akan berkurangan setiap tahun, seiring dengan jangkaan 'baki loan'

Sumber ilustrasi : Hazly Takaful Agensi

BERIKUT ADALAH TIPS PANTAS BERKENAAN MRTT / MRTA UNTUK MAKSIMAKAN VALUE OF MONEY

1. Boleh absorb dalam loan, tak perlu keluarkan duit sendiri

2. Coverage pilihan 50% atau 100% dari jumlah loan, biasanya saya ambil 100%

3. Terbatal jika rumah dijual / refinance, anda akan dapat refund % premium jika berlaku.

4. Boleh ambil tempoh minimum contoh 10 tahun sahaja, kadar premium akan jauh lebih murah dari tahun maksimum. Ambil pendek sahaja jika plan nak refinance / jual kemudian.

5. Lebih lanjut usia, lebih tinggi harga premium

6. Lebih tinggi jumlah loan & sum insured, lagi tinggi harga premium

7. Tertakluk kepada budi bicara banker yang handle case anda, berbincang elok-elok insha'allah mereka akan advise ikut peraturan bank

Nota kaki : Beli rumah di awal usia, banyak kelebihan pada anda dan keluarga !

Anda Kaya, Berjaya dan Beriman

Nafis Ahmad


 
 
 

Comments


RECENT POST
  • Grey Facebook Icon

© 2016 by Nafis Ahmad

bottom of page