Di mana saya nak beli?
- Nafis Ahmad
- Jul 26, 2016
- 2 min read
Minggu lalu, 2 orang rakan saya berbincang selepas sesi 'group coaching'. Mereka berhasrat untuk beli rumah di kawasan pilihan hati. Dari data analisis yang saya ada, saya dapati rumah yang bakal dibeli bukanlah yang terbaik, dan perlukan holding power untuk cover negatif cashflow.
Saya pun bertanya tentang tempat mereka tinggal sekarang, mungkin lebih baik kerana ramai mentor hartanah menggalakkan kita beli di kawasan yang kita familiar dan dekat (below 30min driving)
Soalan 1 : Banyak tak rumah kosong di sana?
Tak, sentiasa penuh. Jika ada iklan, ada sahaja penyewa akan masuk dalam masa terdekat.
(wah, bagus ni, senang nak sewa)
Soalan 2 : Ada kenal tak mana-mana owner yang nak jual rumah?
Ya, owner rumah yang saya sewa sekarang memang berhajat nak jual.
(wah, bagus ni, mungkin boleh dapat deal terbaik)
Soalan 3 : Dapat cover tak installment pada bank, dengan kadar bayaran sewa terkini?
Kalau sewa kosong, cukup-cukup atau top up sikit. Tapi kalau sewa by bilik/per kepala memang banyak lebih.
(wah, bagus ni, tak risau sangat holding power)
Soalan 4 : Rumah tu bukan low cost kan?
Tak, medium kos
(wah, bagus ni, tak terlalu terikat dan insha'allah kenaikan harga akan munasabah)
Soalan 5 : Dah ada strata?
Dah
(Alhamdulillah nasib baik, kalau tak 50-50 juga)
Soalan 6 : Lokasi tu di mana?
Seorang di tengah-tengah KL, seorang di Subang Jaya...
(Masha'Allah, dalam hati saya terkejut. Mereka seperti saya, tercari-cari yang terbaik di luar sana, sedangkan Allah dah lorongkan mereka duduk di tempat yang terbaik.)
Terus saya refer laptop dan buat comparison harga PSF dan tunjukkan mengapa kawasan itu saya rasa berpotensi. Dan saya share juga minus point kenapa harga apartment di situ murah, sedangkan sangat berpotensi.
Daripada pertemuan itu, saya dapat beberapa rumusan :
1. Kita adalah 'acid test' tenant suka duduk atau tidak di sana, jika kita rasa selesa, insha'allah 'bakal penyewa' kita juga akan selesa.
2. Fokus kepada property yang mudah disewakan dengan rental yield yang munasabah (ikut kemampuan individu). Kita tahu harga sewa & harga hartanah di tempat kita.
3. Jika kita duduk di sana, networking kita meluas, sepatutnya kita boleh dapat 'deal yang terbaik', jangan malu dan takut untuk bertanya agen yang fokus di sana, management office, jemaah di surau, dan jmb.

Anda Kaya, Berjaya, dan Beriman
Nafis Ahmad
Comments