top of page
  • Facebook Social Icon

KENAPA ANDA NAK BELI RUMAH?

  • Writer: Nafis Ahmad
    Nafis Ahmad
  • Jul 16, 2016
  • 1 min read

Dalam Islam, semua perkara yang kita lakukan bermula dengan 'NIAT'

Anda perlu jelas tujuan anda beli rumah. Pilihan anda cuma salah satu dari di bawah :

1. Duduk Sendiri

2. Investment

1. UNTUK DUDUK SENDIRI?

Robert Kiyosaki berkata, rumah untuk sendiri adalah 'LIABILITI', bukan 'ASET'.

Untuk duduk sendiri, anda & isteri perlu suka persekitaran tersebut. Cuma anda sahaja tahu di mana lokasi & jenis property terbaik untuk anda dan keluarga.

Teknik 'Subsale' ada kelebihan, atas beberapa faktor :

- Anda boleh menilai secara live lokasi, keadaan rumah, kejiranan, kedai, surau, sekolah, access dsb.

- Anda boleh deal dengan owner lama, untuk berpindah lebih awal (atas persetujuan bersama), tak perlu sewa lama-lama.

- Rumah confirm boleh diduduki dan tak terbengkalai.

Antara perkara yang sangat tidak digalakkan untuk rumah sendiri :

1. Beli rumah harga melebihi kemampuan : DSR anda akan koyak

2. Beli rumah join loan suami & isteri : DSR anda berdua akan koyak, pada jumlah loan yang sama, bukan half-half.

3. Beli rumah yang sukar untuk dijual balik atau disewakan.

Saya percaya, ramai seperti saya. Tak nak lepaskan 'rumah duduk sendiri' kerana sayang. Cuma malang tak berbau. Kita tak tahu ketentuan Allah pada masa akan datang.

Bayangkan jika anda beli rumah yang melebihi kemampuan, sukar disewa & dijual, dan ditakdirkan musibah kewangan berlaku. Anda boleh bertahan?

Risau rumah pertama anda tak Perfect dan Cantik?

Saya akan berkongsi konsep 'UPGRADE' dalam post akan datang.

Terfikir rumah bagaimana boleh dijual balik?

Saya akan berkongsi 'TOP 100 SUBSALE PROPERTY' dalam post akan datang.

Tak jumpa property yang boleh dijual balik untuk anda duduk?

Jangan risau, saya akan berkongsi konsep RUMAH SEWA bayar RUMAH UNTUK DUDUK dalam post akan datang.

ANDA KAYA DAN BERJAYA

Nafis Ahmad


Comments


RECENT POST
  • Grey Facebook Icon

© 2016 by Nafis Ahmad

bottom of page